fbpx

Malaysia jumpa India di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi putih) akan berentap dengan India di pentas separuh akhir Piala Asia Hoki 5s di Salalah, Oman petang ini. - AHF / MHC

PETALING JAYA – Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki negara hanya selangkah lagi untuk menyambar salah satu daripada tiga tiket ditawarkan dari benua Asia ke Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman pada Januari tahun depan.

Ia susulan kejayaan skuad bimbingan Wallace Tan itu mara ke separuh akhir Piala Asia Hoki 5s menerusi kemenangan 6-1 ke atas Iran pada aksi crossover di Salalah, Oman sebentar tadi.

“Perlawanan yang sengit saya boleh katakan. Iran bermain dengan baik tetapi kita dapat menjaringkan gol yang penting.

“Lawan di separuh akhir nanti India merupakan pasukan yang bermain dengan baik dan mempunyai pemain yang baik juga. Kita akan tumpu perhatian kepada recovery untuk perlawanan yang penting esok (petang ini).

“Apa yang penting untuk saya pemain mesti tunjuk persembahan yang baik dan bermain dengan semangat juang yang tinggi di separuh akhir,” kata Wallace.

Malaysia bermula garang dengan meraih dua gol dalam tempoh tujuh minit melalui Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin dan Muhamad Nazrey Din pada minit kedua serta ketujuh.

Kamarulzaman kemudiannya meledak gol kedua peribadi untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-13 sebelum Mohamad Akhimullan Anuar Esook memastikan skuad negara mendahului 4-0 berselang empat minit kemudian.

Ia tidak terhenti di situ apabila barisan pemain negara menambah dua lagi gol dalam tempoh seminit hasil jaringan Muhammad Muhibuddin Moharam dan Syarman Mat Tee pada minit ke-24.

Iran terpaksa akur tewas 1-6 apabila meraih jaringan sagu hati menerusi Mohammadali Salehipour pada minit ke-27.

Malaysia akan mengesahkan slot ke Piala Dunia Hoki 5s jika berjaya menewaskan India dalam aksi separuh akhir petang ini.

Seandainya tewas, peluang masih belum tertutup buat skuad negara, namun wajib menamatkan kejohanan kelayakan benua Asia itu pada kedudukan ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI