fbpx

Wanita digigit buaya kini ditempatkan di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berhadapan detik-detik cemas apabila digigit buaya dalam kejadian dipercayai di Sungai Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka lalu dikejarkan rakannya ke jeti Sungai Timun, Rembau, di sini, petang tadi. GAMBAR TULAR

REMBAU – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila digigit buaya dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Sungai Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka, petang tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa bersama berberapa kenalan pergi `mengoca’ ikan dengan menyusuri sungai berhampiran perkampungan berkenaan dan wanita itu digigit buaya ketika baru sahaja turun dari botnya.

Menurut pesanan suara yang tular dalam komuniti WhatsApp setempat, sebaik turun dari bot, mangsa telah mengikat tali bot pada badannya sebelum `mengoca’, namun tiba-tiba digigit buaya.

“Ketika diselamatkan, mangsa berada di tengah sungai. Macam buaya Pak Itam (nama panggilan buaya tembaga) yang mengigitnya. Mungkin sebab berat bot, jadi buaya tak dapat nak bawa mangsa ke teluk.

“Mangsa yang berjaya lepaskan diri telah dibawa balik ke pengkalan dan dikejarkan ke klinik. Ketika itu, kaki mangsa macam sudah terkulai,” kata mesej tular berkenaan.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan ada menerima maklumat berkenaan kes digigit buaya itu dan mangsa berusia lingkungan 50-an kini ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

Menurut sumber berkenaan, buat masa ini tiada laporan polis diterima dan kes berlaku di Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI