fbpx

5 maut, 3 cedera kemalangan lima kenderaan di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis sedang melakukan siasatan kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang meragut nyawa lima mangsa di Kilometer 5, Jalan Segamat, Kuantan, Segamat petang semalam.

SEGAMAT – Lima terbunuh, manakala tiga mangsa yang lain cedera apabila mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Kilometer 5, Jalan Segamat- Kuantan, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa yang maut membabitkan seorang pemandu Perodua Alza berusia 46 tahun, dua wanita dewasa, masing-masing seorang remaja dan kanak-kanak perempuan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Mazuki Ibrahim berkata, pihaknya menghantar 15 anggota bersama tiga jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) ke tempat kejadian benar didapati kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah treler, Perodua Alza dan Bezza, Honda HR-V dan Proton Wira.

“Perodua Alza dinaiki tujuh mangsa yang mana lima mangsa maut di tempat kejadian, dua cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung treler membawa muatan pasir.

“Manakala tiga penumpang Perodua Bezza termasuk pemandu perempuan serta pemandu treler dan Honda HR-V terselamat,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) termasuk tiga yang cedera dihantar ke HDS untuk menerima rawatan.

Katanya, semua identiti mangsa belum dikenal pasti dan pihaknya sudah menyerahkan kes itu kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ahmad Zamry Marinsah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kemalangan.

“Kita sedang kenal pasti semua identiti mangsa dan punca kemalangan berlaku. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI