SEREMBAN – Peniaga warga asing yang dikesan menjual makanan basah dan sayur-sayuran di kaki lima di depan dua premis di Jalan Dato’ Bandar Tunggal di sini dikenakan tindakan sitaan oleh pihak berkuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S.Veerapan berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan MBS antara pukul 8 hingga 9.15 malam semalam hasil aduan orang awam.
“Pasukan serbuan yang turut disertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kesihatan telah memeriksa dua premis berkenaan yang diuruskan oleh warga asing.
“Siasatan mendapati premis berkenaan memiliki lesen perniagaan runcit dari pihak majlis (MBS) milik rakyat tempatan serta kedua-dua premis ada menjalankan aktiviti menjual barangan basah (sayuran) dan di letakkan di kaki lima premis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu tular rakaman video memaparkan beberapa warga asing berniaga sayur-sayuran di kaki lima premis di sekitar Seremban di sini. – KOSMO! ONLINE