fbpx

Anwar mahu bidang tugas Jabatan Audit Negara dipertingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menandatangani plak semasa perjumpaan bersama pengurusan dan warga jabatan audit negara di Jabatan Audit Negara Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bidang tugas Jabatan Audit Negara (JAN) dipertingkat dengan meliputi kerangka ‘ombudsman’ dan tidak hanya terhad kepada peranan pengauditan.

“Saya memutuskan untuk meningkatkan peranan dan bidang tugas JAN bukan sahaja pemahaman dan pengauditan dalam konteks sekarang, tetapi meliputi kerangka yang disebut tugas ‘ombudsman’.

“Maknanya apa dilakukan sekarang (terus) diperkukuh, mungkin kita perkenalkan beberapa kaedah baharu (dan) diperkuatkan supaya jelas dan kita (akan) bawa kepada Jemaah Menteri,” kata Anwar ketika menyampaikan amanat pada perjumpaan bersama pengurusan dan warga JAN di sini hari ini.

Ombudsman merujuk kepada pegawai atau badan rasmi atau separa rasmi yang bertanggungjawab menerima dan menyiasat aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan jentera kerajaan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan memastikan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun ini akan dibahaskan dan setiap pelanggaran, penyalahgunaan kuasa atau kelemahan diambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga mahu semua pihak supaya mengambil serius laporan yang dikeluarkan oleh JAN serta tidak memandang ringan terhadap dokumen itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI