fbpx

Bangunan kerajaan terlalu usang, pekerja terpaksa pakai topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pekerja lelaki menjalankan tugas di meja sambil memakai topi keledar. - Dunya News

NEW DELHI – Kakitangan awam yang bekerja di sebuah bangunan usang di negeri Telangana, India terpaksa memakai topi keledar untuk melindungi diri daripada ditimpa kepingan siling dan konkrit, lapor laman berita Dunya News hari ini.

Rakaman video menunjukkan beberapa pekerja lelaki di Pejabat Pembangunan Daerah Jagtial, Telangana, memakai topi keledar ketika bekerja menjadi tular di media sosial India.

Pejabat Pembangunan ditugaskan membangunkan daerah itu, tetapi pejabat mereka sendiri sangat daif sehinggakan pekerja terpaksa melindungi diri daripada serpihan yang jatuh.

Media tempatan melaporkan, kakitangan telah meminta agar mereka dipindahkan ke bangunan pejabat yang lebih selamat selepas rakan sekerja mereka hampir mengalami kerosakan otak akibat ditimpa kepingan simen.

Menurut media tempatan, bumbung pejabat itu bocor sejak tahun lalu dan kini dalam keadaan usang.

Selepas video itu tular, kerajaan mengumumkan bahawa pekerja di Pejabat Pembangunan itu akan dipindahkan ke bangunan lain tidak lama lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI