fbpx

EPL: Howe Pening ‘angkara’ dua penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILSON (kanan) dan Isak masing-masing bersaing sengit untuk menjadi penyerang utama Newcastle. - AFP

NEWCASTLE – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe berdepan dilema cukup hebat ketika ini dalam membuat keputusan sama ada menurunkan Callum Wilson ataupun Alexander Isak bagi mengetuai jentera serangan mereka bertemi Brighton malam ini.

Kedua-dua penggempur itu berjaya menyumbangkan 31 gol sepanjang musim lalu sehingga kini menyebabkan Howe berdepan kesukaran biarpun Isak dilihat menjadi pilihan pengurus itu dalam tiga perlawanan awal.

“Sangat sukar apabila anda berada pada kedudukan saya. Semua pemain berasakan mereka layak untuk menyarung jersi ini pada setiap minggu.

“Anda tidak boleh berehat dan menikmati peluang berdasarkan apa yang telah anda lakukan sepanjang musim lalu. Sentiasa ada cabaran baharu dan setiap minggu anda akan dinilai menyebabkan kerja keras itu menjadi satu proses yang sentiasa berjalan.

“Anda berlatih dan memasuki perlawanan dengan permulaan ‘kosong’ untuk dinilai sama ada layak untuk mendapatkan tempat untuk perlawanan berikutnya,” kata Howe.

Wilson memulakan kempen musim ini dengan cemerlang apabila meledak jaringan ketika menentang Aston Villa dan hanya masuk sebagai pemain gantian setakat tiga aksi biarpun memegang status sebagai penjaring terbanyak The Magpies musim lalu dengan 18 gol.

Biarpun membuat keputusan meletakkan Wilson di bangku simpanan dan memasukkan sebagai pemain gantian, Howe mengakui bahawa pemain berusia 31 tahun itu cukup penting dalam setiap perancangan yang dilakukannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI