fbpx

SSM BizTrust kurang dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kanan) melihat anak ayam yang diternak di Ladang Perternakan Ayam Kemat Ternak Maju di Kampung Kemat, Tersat di Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Program SSM BizTrust kelolaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang memperakukan peniaga online tempatan terbabit sebagai entiti boleh dipercayai dan diyakini pengguna kurang mendapat sambutan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, hanya 1.12 peratus daripada
373,213 peniaga online yang berdaftar dengan SSM menyertai program berkenaan sejak ia dilancarkan tiga tahun lalu.

“Setakat akhir bulan lalu, hanya 4,181 peniaga online tempatan yang mendaftar dengan SSM BizTrust.

“Hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meningkatkan keyakinan dan kebolehpercayaan pengguna terhadap peniaga online nampak belum kesampaian ekoran kesedaran terhadap SSM BizTrust masih rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Ladang Perternakan Ayam Kemat Ternak Maju di Kampung Kemat, Tersat di sini hari ini.

Rosol berkata, peniaga online yang menyertai SSM BizTrust akan menerima logo yang mengiktiraf perniagaan mereka mematuhi ciri-ciri keselamatan online dan perlindungan maklumat ditetapkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai peniaga online menyertai SSM BizTrust bagi membolehkan perniagaan mereka diiktiraf dan mampu berkembang pesat hingga ke pasaran antarabangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI