fbpx

Mesej tular dakwa PKPB di Kelantan tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mesej palsu yang tular melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menafikan bahawa Kelantan bersetuju untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok melalui mesej yang tular di media sosial hari ini.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKJN) menafikan hantaran tersebut yang kini tersebar di media sosial.

Katanya, dakwaan bahawa pihak Kementerian Kesihatan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk mengadakan PKPB di Kelantan berkuat kuasa 17 November adalah tidak benar.

“Dakwaan yang tular itu tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar berhenti berkongsi mesej tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu mesej tular melalui aplikasi WhatsApp yang mengatakan bahawa Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin memaklumkan bahawa JKJN bersama MKN telah bersetuju untuk mengadakan PKPB di Kelantan berkuatkuasa 17 November bermula pukul 12.00 malam.

Mesej itu turut menyatakan bahawa perintah itu dilakukan selepas mengambil kira kes Covid-19 yang semakin meruncingkan terutamanya di kawasan bandar.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI