fbpx

Lelaki diberkas bantu kes tembak depan kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan kes seorang individu maut ditembak di hadapan premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan pihaknya di sekitar Kapar, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Usaha mengesan suspek-suspek lain masih sedang giat dijalankan ketika ini.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif sebenar kejadian itu masih disiasat,” katanya hari ini.

Justeru, Vijaya Rao meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai bolis berhampiran.

Kosmo! semalam melaporkan kejadian melibatkan lelaki berusia 36 tahun itu disedari orang awam yang terdengar beberapa das tembakan dan kemalangan kecil. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI