fbpx

Dua beruang matahari masuk perangkap Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor beruang matahari yang memasuki perangkap dipasang Perhilitan di Kampung Kuala Por, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Dua ekor beruang matahari yang pernah menggemparkan penduduk Kampung Kuala Por dan sekitar di sini sebelum ini akhirnya masuk dalam perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari ini.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, perangkap terbabit telah dipasang sejak dua minggu lalu berikutan aduan penduduk.

“Beruang matahari pertama berjantina jantan dan seberat kira-kira 100 kilogram (kg) berjaya ditangkap pada pukul 3 pagi tadi.

“Lebih kurang dua jam selepas itu, seekor lagi beruang matahari yang juga seberat kira-kira 100 kg turut telah masuk perangkap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, kedua-dua haiwan liar tersebut berada dalam keadaan sihat dan dipercayai memasuki penempatan penduduk untuk mencari makanan.

Tambah beliau, dua beruang matahari terbabit akan dilepaskan ke habitat asalnya di kawasan hutan simpan berhampiran pada masa terdekat.

Kosmo! 31 Julai lalu melaporkan penduduk daerah ini termasuk Kampung Kemat dan Kampung Kuala Por diselubungi kebimbangan ekoran kehadiran beruang matahari memasuki perkampung mereka sejak 23 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI