fbpx

Andalusia tawar diskaun umrah sehingga RM500 di Matta Fair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli lembaga pemasaran dan jualan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Izzati Ibrahim pada sidang media sempena Matta Fair September 2023 di Mitec Kuala Lumpur. -Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali umrah dan haji, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan diskaun sehingga RM500 bagi tempahan pakej umrah sepanjang Matta Fair 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) berakhir Ahad ini.

Lembaga pemasaran dan jualan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, tawaran menarik tersebut tidak hanya eksklusif bagi orang ramai yang membuat tempahan di Matta Fair 2023 namun terpakai di 47 cawangan syarikat berkenaan di seluruh negara.

“Ini merupakan julung kali pihak kami menawarkan diskaun sehingga RM500 bagi pakej umrah premium, sebelum ini hanya sebanyak RM300 sahaja promosi yang pernah ditawarkan.

“Bagi mereka yang memilih pakej ekonomi yang bermula dari RM6,990 akan layak menerima potongan diskaun sebanyak RM100,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Izzati, Andalusia akan mengadakan ‘live’ selama 36 jam yang menawarkan 36 tiket percutian ke taman tema Bangi Wonderland bagi pengikut yang terpilih.

“Melalui promosi ini juga kami menyasarkan sebanyak 5,000 pelanggan berdaftar bagi semua pakej yang ditawarkan oleh Andalusia dan menganggarkan mendapat kunjungan 15,000 ke reruai kami di sini,” ujarnya.

Menurutnya, Andalusia turut membawa tarikan baharu dengan penjualan tiket Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain selain mendapat tajaan daripada beberapa syarikat penerbangan antarabangsa termasuk Malaysia Airlines Berhad.

“Selain itu, kami turut bawakan kelainan ke Matta Fair kali ini iaitu ‘claw machine’ yang menawarkan 4,500 hadiah penerbangan ke negara luar selain pakej umrah percuma kepada pengunjung progam ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Izzati berkongsi, penyertaan Andalusia kali ini membawa perubahan dari segi penjenamaan syarikat tersebut dengan memperkenalkan tema Kota Madinah bagi memberi peluang kepada pengunjung yang hadir.

“Kami menjalankan pembaharuan baharu di sini dengan memawa ‘Payung Madinah’ sebagai salah satu tanda ikonik sejarah syarikat yang masih teguh sejak 2002 sehingga sekarang.

“Selain membawa hiasan reruai seperti berada di Kota Madinah yang bercahaya, kami turut menyediakan Kurma dan Teh Arab secara percuma bagi mereka yang mahu merasai pengalaman tersendiri,” jelasnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI