fbpx

Raymond Goh kritikal, rakan penyampai mohon doa orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaman Goh

PETALING JAYA – Penyampai berita, Raymond Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar.

Goh atau nama Islamnya Mohd. Zaman Goh yang sering tampil di dalam slot Nightline terbitan TV3, dianggap sebagai pemberita bersuara ’emas’ dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam dunia penyiaran.

Menerusi perkongsian bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi di Instagramnya semalam berkata, Goh kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan kesembuhan buat sahabatnya itu.

“Saya pohon kawan-kawan semua untuk titipkan doa buat sahabat saya, pembaca berita Nightline TV3 iaitu Mohd. Zaman Goh atau Raymond Goh.

“Mohd. Zaman (Raymond) sedang kritikal di ICU kerana mengalami serangan angin ahmar,” tulisnya dalam satu hantaran.

Pada masa sama, Ras Adiba berkongsi pengalamannya menjadi penyampai berita bersama-sama Goh suatu ketika dahulu.

“Saya adalah pembaca berita generasi pertama bersama Raymond Goh serta pembaca-pembaca lain dan apa yang boleh saya kongsikan, dunia penyampaian berita pada ketika itu sangat berbeza.

“Beliau seangkatan dengan saya sejak awal penubuhan TV3. Kami berganding bahu menvampaikan berita ‘7 o’clock news’ dan kemudian Nightline.

“Moga Allah mengampun, merahmati dan mempermudahkan segalanya buat sahabat saya ini. Terima kasih kerana sudi mendoakan sahabat saya, Mohd. Zaman Goh atau Raymond Goh. Al Fatihah,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI