fbpx

Kluster Jeri merebak ke tiga daerah di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mengenal pasti satu kluster baharu penularan Covid-19 melibatkan 26 kes menerusi Kluster Jeri, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kluster berkenaan melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing dan Muar.

Menurutnya, kes pertama bagi kluster ini telah dikenal pasti positif hasil saringan di pintu masuk antarabangsa Singapura pada 6 November lalu.

“Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif daripada kluster ini dan kes-kes ini telah dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Sementara itu, semalam, sembilan kes baharu dilaporkan dimana tiga daripadanya melibatkan Kluster Jeri, satu daripada Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SAR) serta lima daripada saringan Covid-19 lain,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Vidyananthan turut memberitahu, pertambahan kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini sebanyak lima kluster, manakala pengesanan dan saringan kontak rapat masih dijalankan.

Tambah beliau, sehingga 15 November, seramai 1,170 individu telah disaring dimana jumlah kumulatif kes positif sebanyak 26 kes, 535 adalah negatif dan 609 masih menunggu keputusan.

“Pertambahan kes baharu di negeri ini didapati berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang mula tidak peka tentang keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan memohon kerjasama orang ramai untuk mengamalkan norma baharu iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan diri,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI