fbpx

UMNO-DAP bukan bergabung, hanya bekerjasama dengan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAIS memberi penerangan kepada khalayak mengenai kerjasama dengan DAP pada program Penerangan Isu Semasa: Anda Tanya Saya Jawab di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Masih ramai ahli UMNO yang kurang jelas bahawa parti Melayu itu bukan bergabung dengan DAP sebaliknya hanya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada parti terbabit.

Ketua penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Md. Jais Sarday berkata, salah tanggapan ini yang menyebabkan ramai ahli yang hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) yang merugikan parti itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau berkata, ahli UMNO perlu jelas dengan asas penubuhan Kerajaan Perpaduan yang membabitkan lima gabungan iaitu PH, BN, Parti Warisan Sabah (Warisan), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Di dalam gabungan itu, terdapat 19 parti termasuk parti komponen BN iaitu MIC dan MCA, keputusan untuk bekerjasama dengan PH membentuk Kerajaan Perpaduan bukan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahkan ia keputusan parti.

“Keputusan penyatuan gabungan itu disebabkan untuk membentuk kerajaan setelah tidak ada parti yang memperoleh majoriti mudah, jadi tak boleh kata kita bergabung dengan DAP, itu tidak betul.

“Itu adalah naratif yang dibawa oleh musuh UMNO dengan niat untuk melagakan ahli-ahli kita, sebab itu kita kena faham dahulu asas gabungan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada program Penerangan Isu Semasa: Anda Tanya, Saya Jawab di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini malam semalam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI