fbpx

Ibu, kekasih dera anak sampai mati didakwa pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG – Seorang wanita dan teman lelakinya yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dituduh di mahkamah pagi ini.

Sebelum ini, Anbalagan berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima pegawai perubatan, kanak-kanak tersebut dikatakan dilanggar kenderaan namun pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan lebam dan luka lama pada tubuh dipercayai akibat didera.

Kedua-dua suspek dituduh di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementara suspek kedua, teman lelaki ibunya dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut didera ibu dan teman lelaki wanita itu di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, di sini, pada Selasa.

Mangsa tiba di Jabatan Kecemasan, Hospital Serdang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 12.50 tengah malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI