fbpx

Rakyat Singapura keluar mengundi pilih Presiden hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARGA Singapura tiba untuk membuang undi di sebuah pusat mengundi hari ini. – AFP

SINGAPURA – Rakyat Singapura keluar mengundi hari ini dalam pilihan raya Presiden pertama sejak lebih satu dekad. 

Peranan Presiden kebanyakannya berkait dengan istiadat, namun syarat untuk menduduki kerusi tersebut  adalah ketat. Presiden Singapura juga bertanggungjawab mengawal selia rizab kewangan dan memiliki kuasa veto untuk meluluskan atau menolak sesetengah langkah termasuk siasatan kes rasuah.

Walaupun jawatan Presiden bersifat neutral di bawah perlembagaan Singapura, garisan kepartian terserlah menjelang pilihan raya kali ini bagi menggantikan Halimah Yacob yang dipilih memegang jawatan tersebut dalam tahun 2017.

Kerajaan Singapura ditadbir Perdana Menteri dan pada masa ini  oleh Lee Hsien Loong daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP). Parti tersebut berterusan memerintah Singapura sejak tahun 1959.

Pemerhati-pemerhati politik berkata, pilihan raya hari ini akan menjadi petanda tahap sokongan rakyat kepada PAP menjelang pilihan raya umum 2025 atau petunjuk kekecewaan mereka susulan beberapa skandal baru-baru ini termasuk siasatan rasuah terhadap menteri pengangkutan serta peletakan jawatan dua wakil rakyat PAP berkaitan hubungan sulit. 

Calon utama bagi kerusi tersebut ialah bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, Tharman Shanmugaratnam. Beliau diketahui setia kepada PAP sebelum meletak jawatan menjelang pencalonannya.

Pemimpin berusia 66 tahun itu dianggap mendapat sokongan kerajaan dengan beliau ditanya tentang pendirian berkecualinya semasa berkempen.

Seorang lagi calon iaitu bekas eksekutif insurans, Tan Kin Lian, 75, mendapat sokongan sebilangan pemimpin pembangkang.

Calon ketiga ialah Ng Kok Song, 75, yang merupakan bekas ketua pegawai pelaburan dana kekayaan berdaulat Singapura (GIC). GIC menguruskan rizab asing Singapura.

Mengundi diwajibkan kepada lebih 2.7 juta rakyat Singapura yang layak. Mereka yang tidak mengundi tanpa sebab munasabah berisiko dipadamkan daripada senarai pemilih.

Calon dalam pilihan raya Presiden pula  perlu berkhidmat sama ada sebagai kakitangan awam kanan atau ketua eksekutif sebuah syarikat  dengan ekuiti saham sekurang-kurangnya SG$500 juta (RM1.71 bilion). – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI