fbpx

Pesara polis bangga dinamakan Mat Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Merdeka ketika ditemui di Majlis Sambutan Anak Merdeka Bersempena Hari Kemerdekaan ke-66 bertempat di Dewan Memorial Tun Hussien Onn, di sini hari ini. - Foto SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1957, Mat Merdeka Embun, 66, berkata dia bersyukur dilahirkan pada hari bersejarah buat tanah air.

Pesara polis yang pernah berkhidmat di cawangan khas Bukit Aman itu berkata, dia berasa terharu dan gembira apabila hari jadinya disambut dengan meriah setiap tahun.

“Saya berasa istimewa apabila ada majlis yang meraikan Anak Merdeka seperti saya. Jika saya imbau kembali masa dahulu, hidup kita lebih susah berbanding sekarang.

“Kini, kita dapat hidup aman damai. Untuk mencapai kemerdekaan ini, orang dahulu terpaksa bermandi darah dan air mata,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Anak Merdeka Bersempena Hari Kemerdekaan ke-66 bertempat di Dewan Memorial Tun Hussien Onn, di sini hari ini.

Menurut Mat Merdeka yang berasal dari Kampung Gajah, Perak, pengorbanan para perwira negara sangat dekat di hatinya yang juga seorang pesara polis.

Tambahnya, nama Mat Merdeka sebenarnya diberikan oleh penghulu yang masih lagi teruja dengan berita kemerdekaan pada ketika itu.

Mengimbau kembali kenangan manis ketika menyambut hari lahirnya, Mat Merdeka berkata, dia pernah diraikan dengan meriah di luar negara suatu ketika dahulu.

“Saya penah berkhidmat di Singapura pada tahun 1994 hingga 1998. Pada waktu itu, saya hanyalah orang biasa tetapi diraikan secara luar biasa.

“Hari jadi saya pasa waktu itu diraikan di Hotel Mandarin, Singapura. Ini merupakan antara kenangan termanis dalam hidup saya. Bukan semua orang boleh merasai pengalaman sebegini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI