PETALING JAYA – Peminat Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT) akan menyertai konvoi bermotosikal Kosmo!-Pink Racing sebagai tanda sokongan terhadap pasukan permotoran itu pada saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.
Pengurus Pasukan Pink Racing, Nur Atikah Azwar berkata, peserta merupakan peminat sukan permotoran di sekitar Teluk Intan, Perak.
“Kita hadkan kepada 20 penunggang tetapi ramai lagi yang mahu ikut serta. Peserta terawal akan dapat baju T Kosmo! untuk menyertai konvoi ke lokasi perlumbaan pada Sabtu dan Ahad ini,” katanya.
Menurut Nur Atikah, promosi kombo barangan eksklusif Kosmo!-Pink Racing turut mendapat sambutan menggalakkan.
“Orang ramai boleh mendapatkan barangan itu di gerai Kosmo!-Pink Racing nanti,. Kita harap perlumbaan akan berjalan lancar dan semua pelumba akan menamatkan saingan,” katanya.
Produk terbaharu edisi eksklusif Pink Racing yang boleh didapati ialah seperti T-Shirt Pink Racing pada harga RM89, T-Shirt eksklusif Kosmo! Jiwa Kental (RM45), headbuff Rider Helmet Pink (RM30) serta payung Kosmo! bersaiz 0.6 meter (RM30).
Selain itu, orang ramai yang ingin merasai pengalaman sebagai pelumba sebenar juga boleh membeli set kombo Kosmo! dan Pink Racing pada harga RM130 serta layak untuk menyertai cabutan bertuah.
Semua barangan eksklusif Kosmo! boleh juga dibeli di https://mediamulia.onpay.my.
Bukan itu sahaja, orang ramai juga boleh bertemu dan berswafoto bersama maskot Kapten Kosmo! yang turut akan berada di gerai jualan tersebut.
Gerai jualan Kosmo!-Pink Racing juga akan dibuka di Litar Permotoran Terengganu pada 22 dan 23 September, Litar Lumba Tangkak pada 21 dan 22 Oktober dan Batu Kawan pada 25 dan 26 November.