fbpx

Peti suara bermasalah, Siti Nordiana tetap sahut cabaran All Star GV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Siti Nordiana mengalami masalah peti suara selepas dijangkiti Covid-19 sebanyak lima kali.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Nordiana tetap menyahut cabaran menyertai pertandingan All Star Gegar Vaganza meskipun peti suaranya mengalami masalah selepas dijangkiti Covid-19 sebanyak lima kali.

Akuinya yang mesra disapa sebagai Nana, Covid-19 meninggalkan impak besar buat dirinya sebagai penyanyi termasuk menyempitkan saluran penafasan sehingga menyukarkan dirinya melontarkan suara.

“Memang saya ada masalah dengan peti suara sebab lima kali saya dijangkiti Covid-19.

“Covid-19 bagi kesan kepada saluran penafasan kerana menjadi sempit, penat nak menyanyi sehingga rasa ketat nak melontarkan suara,” katanyanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar pengumuman peserta All Star Gegar Vaganza di sini,baru-baru ini.

Tambah pemilik nama penuh Siti Nordiana Alias, 38, itu, untuk memulihkan peti suara, dia turut melakukan pemeriksaan dengan pakar dalam bidang telinga, hidung dan tekak (ENT) sejak tahun ini.

Dia juga perlu mengambil beberapa ubat untuk memulihkan kembali peti suaranya.

“Untuk mencari penyelesaia masalah peti suara tu, saya ada bertemu dengan pakar ENT untuk lihat keadaan sebenar.

“Selepas pemeriksaan, semuanya okey dan sekarang ini dalam proses penyembuhan.

“Saya tidak perlu jalani sebarang pembedahan, cuma perlu lakukan ‘voice cleanse’ dan ada beberapa ubat yang perlu diambil sejak Jun lalu,” jelas pelantun lagu Memori Berkasih itu.

Mengulas keberaniaannya bertanding dalam All Star Gegar Vaganza bersama bekas -bekas juara lain, Nana menegaskan dia menyahut cabaran tersebut dan enggan mengalah lebih awal.

“GV sudah memberi impak terlalu besar terhadap perjalanan seni selepas menjadi juara pada musim kedua.

“Jadi, saya ingin memberi semula kepada GV, tak mahulah mengalah terlalu awal dan ini juga hadiah buat peminat,” katanya lagi.

Selain Nana, All Star GV yang bakal bersiaran bermula 24 September depan turut membariskan Ayai Illusi, Azharina, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Datuk Aishah, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.

Selain itu, lima lagi peserta yang akan turut bertanding hasil undian ramai akan diumumkan kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI