fbpx

PTPTN terapkan nilai kemerdekaan menerusi kebebasan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norliza (tengah) hadir merasmikan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN di Dewan dan Padang Koperasi Sungai Gelugor, semalam.

GEORGE TOWN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited membantu masyarakat agar lebih memahami aspek kebebasan kewangan menerusi Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN yang diadakan di Dewan dan Padang Koperasi Sungai Gelugor di sini, semalam.

Penganjuran Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN, yang diadakan secara on-ground event merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN bertujuan menghayati dan meraikan Bulan Kebangsaan.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, melalui karnival ini, PTPTN menerapkan nilai kemerdekaan melalui kebebasan kewangan dalam kalangan masyarakat dengan perancangan kewangan yang baik dan merdeka daripada hutang.

Norliza melawat gerai jualan di Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.

“Kemerdekaan sewajarnya difahami bukan hanya bebas daripada dijajah. Kemerdekaan sebenar merupakan perjuangan masyarakat untuk menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik, memiliki kekuatan jati diri dan semangat cintakan negara.

“Kemerdekaan juga membawa mesej tentang kepentingan masyarakat mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk bebas merdeka daripada bebanan hutang,” katanya selepas merasmikan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Ketua Pemimpin Masyarakat Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar.

YB Coonie Tan (dua dari kanan) turut hadir di Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN 2023.

Menurut Norliza, selari dengan tema Hari Kebangsaan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’, penglibatan masyarakat setempat dalam Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN 2023 Negeri Pulau Pinang merupakan simbolik kepada rasa kasih dan cinta kepada negara.

“Saya berharap karnival ini dapat menjadi platform bagi mengukuhkan lagi keharmonian dalam kalangan masyarakat sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN di mata masyarakat,” katanya.

Tambahnya, PTPTN juga tidak pernah melupakan golongan yang kurang bernasib baik dan sentiasa menyantuni golongan asnaf dengan memberikan sumbangan bakul makanan berupa barangan keperluan harian kepada 30 orang penerima.

“Acara kemuncak program adalah Kayuhan Semarak Kasih Merdeka PTPTN 2023 iaitu aktiviti kayuhan basikal secara berkumpulan sambil mengibarkan bendera Malaysia dan agihan sumbangan bakul makanan dari rumah ke rumah,” katanya.

Norfizah

Dalam pada itu, seorang penerima bakul makanan, Norfizah Aziz, 51, berkata, dia bersyukur kerana terpilih menerima bantuan bakul makanan daripada PTPTN.

“Saya merupakan ibu tunggal dan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan kami lapan beranak,” katanya.

Rohailiza

Seorang lagi penerima bantuan yang merupakan ibu kepada 10 orang anak, Rohailiza Omar, 40, berkata, dia ingin mengucapkan terima kasih kepada PTPTN kerana menghulurkan bakul makanan kepada keluarganya sempena program Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.

Sementara itu, seorang pelajar, Lia Tasnim Shamsul Bahri, 15, berkata, dia hadir ke karnival berkenaan bersama ibunya, Nor Azizah Majid, 47, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Lia Tasnim

“Produk Simpan SSPN amat berguna kepada pada pelajar kerana saya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi nanti, jadi karnival ini amat membantu saya mendapatkan pelbagai maklumat mengenai simpanan pendidikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI