fbpx

Hari Kebangsaan: Ketibaan Agong, Raja Permaisuri dapat tepukan gemuruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat tiba sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya sekitar pukul 8 pagi tadi.

Ketibaan Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendapat tepukan gemuruh daripada rakyat jelata yang mula berkumpul di Dataran Putrajaya seawal pukul 5 pagi tadi.

Turut hadir pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusoff serta barisan Menteri Kabinet.

Ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama dilaksanakan di bawah Kerajaan Perpaduan dengan tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

Sambutan tahun ini melibatkan lebih 17,000 peserta dan 66 kontinjen yang menjayakannya berteraskan “Kepelbagaian Dalam Perpaduan”.

Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini.

Sambutan pada peringkat negeri diadakan serentak pada tarikh dan masa yang sama.

Terdapat empat segmen persembahan khas iaitu Segmen pertama iaitu Perpaduan dan Kesejahteraan dengan persembahan nyanyian artis bersama penglibatan 1,000 artis tari, 400 pergendangan dan 600 pelajar.

Segmen kedua, Daya Upaya dan Kecekapan melalui persembahan aksi bermotosikal Army Red Warrior, Tentera Darat Malaysia; segmen ketiga Cabaran dan Ketangkasan iaitu persembahan terjunan tepat oleh VAT 69 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan segmen keempat iaitu Gegar Madani dengn gerak tari penutup persembahan khas.

Terdapat juga penglibatan aset kenderaan daripada pelbagai kontinjen antaranya aset pasukan keselamatan negara, kontinjen ekonomi dan telekomunikasi.

Pada tahun ini, Putrajaya telah sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan kali kelima diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI