fbpx

[VIDEO] Hari Kebangsaan: MRT Putrajaya sesak, rakyat teruja tonton perarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mula membanjiri Stesen Putrajaya Sentral seawal pukul 4 pagi tadi bagi meraikan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Stesen Putrajaya Sentral yang menghubungkan sistem Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya kini dilaporkan mulai sesak dengan kehadiran ribuan rakyat yang mahu meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! seawal pukul 5.30 pagi tadi, rata-rata rakyat yang tinggal di Lembah Klang memilih MRT sebagai pengangkutan utama bagi ke Putrajaya berikutan mahu mengelakkan kesesakan.

Pemilihan mod pengangkutan itu juga dilihat sebagai tepat ekoran sebanyak 22 jalan ditutup di sekitar Putrajaya bagi memudahkan kelancaran sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Terdahulu, semua operasi rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 50 bas perantara percuma turut disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.

Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.

Bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI