fbpx

[VIDEO] Persiapan Hari Kebangsaan terjejas akibat hujan lebat, angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di pekarangan Stadium Perak yang dilanda angin kencang dan hujan lebat dan angin kencang petang tadi.

IPOH – Persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri di pekarangan Stadium Perak di sini esok, terjejas akibat hujan lebat dan angin kencang.

Kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu mengakibatkan beberapa buah khemah termasuk khemah di pentas utama rosak ekoran diterbangkan angin.

Bahkan, berdasarkan rakaman video dan gambar tular, beberapa pokok di sekitar kawasan stadium turut tumbang.

Hujan lebat beserta ribut dan petir itu juga mengakibatkan bumbung premis perniagaan di Ipoh Night Market runtuh hingga menyebabkan kerosakan tempat berniaga.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 5.45 petang mengenai kejadian pokok tumbang menghalang laluan.

Menurut beliau, tinjauan dilakukan di beberapa lokasi terjejas termasuk di pekarangan Stadium Perak dan Stadium Indera Mulia.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Beberapa agensi kini membantu penganjur menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi sambutan esok.

“Insya-Allah, program sambutan Hari Kebangsaan akan tetap diteruskan di sini dan orang ramai boleh hadir,” katanya ketika ditemui di pekarangan Stadium Perak di sini hari ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijadualkan berangkat pada majlis sambutan berkenaan di pekarangan Stadium Perak bermula pukul 7 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI