fbpx

Remaja perempuan hilang tiga hari ketika mandi sungai ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja perempuan hilang selepas hanyut dibawa arus sungai semasa menjalankan aktiviti mandi di Daradaat View Kampung Ratau, ditemui lemas hari ini.

KOTA BELUD – Remaja perempuan hilang selepas hanyut dibawa arus sungai semasa menjalankan aktiviti mandi di Daradaat View Kampung Ratau, ditemui lemas hari ini.

Mangsa, Qiezlle Yukiko Gerald, 14, yang hilang sejak Isnin lalu ditemui kira-kira lima kilometer daripada lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga dimulakan pada pukul 8 pagi tadi.

“Operasi pencarian membabitkan beberapa kumpulan itu dijalankan di sekitar kawasan permukaan sungai dan sepanjang pinggir sungai. Mangsa berjaya ditemui pasukan bomba kira-kira lima kilometer daripada Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada pukul 10.20 pagi.

“Pasukan bomba terus membawa mayat mangsa ke PKTK sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syazwan berkata, susulan penemuan mangsa, operasi SAR ditamatkan pada pukul 12 tengah hari.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang semasa berada di sungai terbabit kira-kira pukul 2.30 petang, 28 Ogos lalu.

Menurut saksi kejadian, mangsa dilaporkan lemas di bawah Jambatan Gantung Daradaat View ketika melakukan aktiviti mandi manda bersama keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI