fbpx

Empat terselamat kejadian bot karam di Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat individu termasuk seorang kanak-kanak selamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Kampung Puyut, Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU – Empat individu termasuk seorang kanak-kanak selamat selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Kampung Puyut semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, semua mangsa berusia 10 hingga 40 tahun diselamatkan bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu yang berada berhampiran kawasan kejadian.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd. Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, bot pam berwarna biru terbabit membawa empat penumpang iaitu tiga penumpang wanita bersama seorang kanak-kanak.

“Semua mangsa dipercayai tidak memakai jaket keselamatan. Bagaimanapun, bot peronda APMM yang berada berhampiran kawasan kejadian berjaya mengesan keberadaan bot malang itu.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa terus dilaksanakan dan semua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Mohd Rizam menggesa semua orang awam yang menaiki sebarang pengangkutan air mengutamakan pemakaian jaket keselamatan ketika berada di laut.

“Jaket keselamatan ini perlu disediakan di tempat-tempat yang berpotensi terjadinya bencana atau insiden yang membabitkan aktiviti air. Pastikan bot yang dinaiki mempunyai jaket keselamatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI