fbpx

Lelaki turun motosikal, bantu warga emas lintas jalan dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menolak troli milik seorang wanita warga emas ketika mereka melintas jalan di Singapura baru-baru ini. - Foto Stomp/TikTok

SINGAPURA – Tindakan seorang penunggang motosikal di Singapura yang turun dari kenderaannya untuk membantu warga emas melintas jalan menerima pujian netizen, lapor laman berita Stomp hari ini.

Perbuatan itu telah dirakam dan disiarkan menerusi aplikasi TikTok dan kemudian didedahkan di laman berita tersebut oleh seorang lelaki.

Dalam video berdurasi 86 saat yang disiarkan oleh pengguna bernama Akasha Jumaat lalu, seorang lelaki memakai topi keledar dilihat berdiri di sebelah motosikal.

Pada masa sama, terdapat seorang wanita warga emas di satu sudut persimpangan Jalan Kim Pong dan Jalan Tiong Bahru.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, kedua-duanya menyeberang jalan dengan lelaki itu menolak troli barangan wanita tersebut, manakala warga emas itu menggunakan alat bantu berjalan.

Video itu dipercayai dirakam oleh seorang pemandu yang menunggu di persimpangan lalu lintas dan ia menerima lebih 49,000 tontonan setakat ini dan dibanjiri dengan pujian pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI