fbpx

Nenek 100 tahun penasihat kecantikan tertua di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Horino (tengah) menerima sijil Guinness World Records pada 21 Ogos lalu. - Kyodo

TOKYO, Jepun – Seorang wanita berusia 100 tahun di bandar Fukushima diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai penasihat kecantikan tertua di dunia, lapor akhbar The Maniachi semalam.

Tomoko Horino telah bekerja sebagai jurujual bertauliah untuk sebuah syarikat produk kecantikan, Pola Inc. selama lebih 60 tahun.

Dia kini menjana hasil komisyen jualan sehingga kira-kira 100,000 yen (RM3,171) sebulan.

“Saya seronok melihat pelanggan kelihatan cantik dan gembira, ia membuatkan saya terus melangkah sejauh ini. Saya mahu terus bekerja selama yang mungkin,” kata Horino.

Horino merupakan salah seorang daripada lebih 80 jurujual Pola Inc. yang berusia lebih 90 tahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI