fbpx

USM, ACeiO kerjasama anjur CPIaM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (kanan) bersama Noor Hazlina menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Sabri di Pusat Pengajian Pengurusan USM, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) berkolaborasi bersama Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeiO) menerusi pelaksanaan Program ‘USM Certified Professional in Integrity Assurance and Management (CPIaM) 2023’, hari ini.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Profesor Dr. Noor Hazlina Ahmad berkata, program yang pertama kali dilaksanakan itu berperanan untuk meningkatkan modal insan dalam kalangan warga profesional.

Menurutnya, program berkenaan terbahagi kepada dua siri iaitu siri pertama yang akan bermula pada 2 September depan manakala siri kedua akan diadakan pada 18 September nanti.

“Hampir 50 penjawat awam dan kakitangan swasta daripada pelbagai agensi akan mengikuti program berkenaan yang akan berlangsung selama lapan minggu bagi setiap siri.

“Kita mahu mengukuhkan kompetensi ahli ACeiO di samping memastikan setiap individu yang memikul amanah dapat menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya.

“Selain itu, kita amat proaktif untuk menjalinkan kerjasama sama ada organisasi dalam dan luar negara bagi menggembling tenaga untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan perkembangan profesionalisme dalam bidang integriti,” katanya ketika ditemui pemberita sempena majlis pelancaran di USM di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamad. Turut hadir, Presiden ACeiO, Ahmad Sabri Mohamed.

Dalam majlis sama, Datuk Ts. Dr. P. Shanmuganathan turut dilantik sebagai Professor Of Practice yang berperanan sebagai salah seorang tenaga pengajar bagi program terbabit.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, kerjasama yang dipamerkan membuktikan universiti dan industri boleh bekerjasama untuk membangunkan tenaga profesional berkualiti dan kompeten dalam menjalankan tugas-tugas integriti dalam masyarakat serta organisasi.

“Program ini menawarkan kursus daripada segi pendekatan teori dan praktikal untuk memberikan pandangan komprehensif tentang isu-isu integriti, keselamatan siber dan digital serta pengetahuan serta kemahiran meliputi pelbagai isu pengurusan.

“Diharapkan program ini dapat dimanfaatkan setiap peserta sekali gus bakal memberikan impak besar kepada dunia integriti dan profesionalisme negara,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI