fbpx

Bapa mamai bancuh susu anak, minum hingga habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu terlalu mengantuk sehingga tidak menyedari dia telah meminum susu bayinya. - SCMP/ Douyin

BEIJING – Video lucu aksi seorang bapa di China yang bangun dalam keadaan mengantuk pada tengah malam untuk menyediakan susu bayinya, menjadi perhatian ramai apabila dia secara tidak sengaja minum air tersebut, lapor portal berita South China Morning Post (SCMP) hari ini.

Video itu dirakam oleh isteri lelaki berkenaan di rumah mereka yang terletak di wilayah Guangdong, selatan China pada 23 Ogos lalu.

Menurut si isteri yang bernama Huang, suaminya telah memasang penggera pada pukul 4 pagi untuk bangun membancuh susu dan menyusukan bayi perempuan mereka yang berusia sembilan bulan.

Dia berhasrat merakam detik itu untuk menunjukkan kegigihan usaha suaminya.

Huang bagaimanapun terkejut apabila suaminya minum susu yang dibancuh sehingga habis sebelum kembali ke katil dan tertidur di sebelah bayi mereka.

“Saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa. Jika dia tidur lebih awal, dia mungkin tidak terlalu letih,” katanya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Dia mesti terlalu mengantuk sehingga menyangka dirinya seorang bayi,” kata seorang netizen. 

“Saya pernah menyuruh suami membancuh susu bayi kami pada tengah malam. Dia membawa botol ke tandas dan menuangkan susu didalamnya. Dia kembali semula ke dapur untuk mencuci botol susu,” kata seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI