fbpx

91 bekas banduan PBSL diterima bekerja di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Penjara Sungai Udang menguruskan dokumen dua bekas banduan pada program PBSL Ihsan Madani (Kepulangan Dinanti) Sempena Hari Kemerdekaan 2023 di Penjara Sungai Udang Melaka. Foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

MELAKA – Seramai 91 daripada 282 banduan Penjara Sungai Udang di sini diterima bekerja sejak Januari hingga hari ini melalui Program Perlepasan Banduan Secara Lesen (PBSL).

Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, Penolong Kanan Komisioner Penjara Mohd. Hafizey Yahaya berkata, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 10 buah syarikat sekitar negeri ini menjadikan bekas banduan sebagai pekerja.

“Setakat ini alhamdulillah banyak majikan di negeri ini bagi kerjasama sebagai contoh pada hari ini seramai 29 banduan telah diterima bekerja.

“Saya turut meminta lebih banyak majikan tampil untuk mengambil bekas banduan di bawah PBSL kerana setiap bulan akan ada banduan yang dibebaskan khususnya yang dihukum di bawah tiga tahun.

“Mereka yang diterima bekerja pula akan terus dipantau oleh pegawai parol dari masa ke semasa,” katanya pada Program PBSL Ihsan Madani (Kepulangan Dinanti) Sempena Hari Kemerdekaan 2023 di Penjara Sungai Udang hari ini.

Tambah Mohd. Hafizey, Jabatan Penjara turut menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam usaha menempatkan bekas banduan bekerja di pelbagai sektor di Melaka.

Sementara itu, Pengurus Impian Bersama Enterprise, Najiah Atira Abd. Rahman, 29, berkata, syarikatnya yang membuat gula Melaka di Melaka Halal Hub mengambil bekas banduan bekerja sejak setahun lalu.

“Setakat ini hampir 100 pekerja bekas banduan telah bekerja dengan syarikat saya dan mereka tidak pula menimbulkan sebarang masalah besar, adapun hal-hal yang kecil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI