fbpx

Cipta kejutan layak ke Piala Asia B-23 2024 – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin hadir memberikan kata-kata semangat buat skuad B-23 negara di Petaling Jaya hari ini. Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad bawah 23 (B-23) negara diharap dapat mencipta kejutan dalam usaha layak ke pentas Piala Asia B-23 2024 dengan mendominasi pusingan kelayakan Kumpulan H bermula minggu depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, barisan pemain dilihat menunjukkan pening­katan dan jika terus fokus, tidak mustahil untuk Malaysia mampu menjadi pasukan yang baik di rantau ini.

“Sebagai pemain kebangsaan, anda perlu memberikan lebih daripada seratus peratus.

“Apabila beraksi demi negara, anda semua harus berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Peluang untuk mewakili Malaysia tidak harus disia-siakan dan saya berharap anda semua mampu melakar sejarah di Thailand,” katanya selepas hadir bertemu pemain di sebuah hotel di sini hari ini.

Daripada 25 pemain yang dipanggil, hanya 23 pemain akan berada dalam senarai akhir dengan skuad muda Harimau Malaya dijangka berlepas ke Thailand pada 4 September ini.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan H dan akan berdepan Bangladesh pada Rabu, 6 September, Filipina (9 September) dan tuan rumah, Thailand (12 September) dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi.

11 pasukan juara kumpulan dalam saingan kelayakan bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Doha tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI