fbpx

Tentera Gabon umum rampasan kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video siaran langsung di saluran berita Gabon 24 menunjukkan pegawai tentera mengumumkan rampasan kuasa hari ini. - AFP

LIBREVILLE, GABON – Sebanyak 12 pegawai tentera Gabon muncul di kaca televisyen seluruh negara dan mengumumkan bahawa ia mengambil alih kuasa pemerintahan, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Tambah mereka, tentera turut membatalkan keputusan pilihan raya Sabtu lalu, yang menyaksikan Presiden Ali Bongo diumumkan sebagai pemenang.

Suruhanjaya pilihan raya sebelum ini berkata, Bongo memenangi kurang dua pertiga daripada undian dalam pilihan raya yang disifatkan pembangkang sebagai penipuan.

Dalam siaran langsung yang disiarkan semalam, askar-askar tersebut berkata, mereka membatalkan keputusan pilihan raya dan membubarkan semua institusi awam.

“Kami membuat keputusan untuk mempertahankan keamanaan dengan menamatkan rejim semasa.

“Semua institusi republik ini turut dibubarkan iaitu kerajaan, Senat, Dewan Negara dan Mahkamah Perlembagaan. Sempadan negara juga akan ditutup sehingga ke tarikh yang akan diumumkan,” kata salah seorang daripada askar tersebut.

Tambahnya, tindakan itu diambil disebabkan tadbir urus yang tidak bertanggungjawab dan tidak dapat diramalkan, yang mengakibatkan kemerosotan berterusan dalam perpaduan sosial serta berisiko membawa negara ke keadaan huru-hara.

Bongo mula berkuasa di Gabon selepas bapanya meninggal dunia pada 2009.

Selepas diserang strok pada 2018, beliau dipinggirkan selama hampir setahun sekali gus membawa kepada desakan pengundurannya.

Penggulingan tersebut sekiranya berterusan, akan menamatkan penguasaan keluarga Bongo selama 53 tahun di Gabon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI