fbpx

Sambal sotong Ira Kazar laku keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi juadah kegemaran suaminya, sambal sotong yang mendapat pujian ramai netizen.

PETALING JAYA – Semakin aktif dan terbuka dalam media sosial, isteri pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar dilihat kerap ‘tayang’ skil memasak buat suami tercinta.

Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin nyata tampak teruja berkongsi foto juadah air tangannya iaitu sambal sotong kegemaran pengarah sensasi itu.

“Sambal sotong favourite (kesukaan) suamiku,” kongsi Ira menerusi perkongsian dalam Instastory.

Difahamkan, pengikut mula membanjiri direct message (DM) yang meminta resepi sambal sotongnya.

Selepas berkongsi resepi tersebut, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu membuka ruangan pertanyaan tentang lauk masakannya.

Sebelum ini, Ira, 28, turut mendapat pujian kakak kandung iaitu Yasmin Kazar mengenai sotong tumisnya.

Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 6 Januari lalu di Thailand dan berwalikan Kazar.

Perkahwinan itu secara tidak langsung menjadikan Ira sebagai isteri kedua kerana Puteri Sarah Liyana ketika itu masih isterinya yang sah.

Namun, ikatan Syamsul dan Sarah terlerai pada 14 Jun lalu setelah naik turun mahkamah sekaligus menjadikan Ira kini satu-satunya isteri sutradara sensasi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI