fbpx

Jaga cederakan anak buah, ugut bunuh ibu dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jegen dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau, hari ini atas dua pertuduhan mencederakan anak buah serta mengugut bunuh ibu kandungnya dalam kejadian di Tampin. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan dan denda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencederakan kanak-kanak lelaki dan mengugut bunuh ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di Tampin, Ahad lalu.

Tertuduh, G Jegen, 37, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Majistret memerintahkan 10 bulan penjara dari tarikh sabitan dan denda RM800 bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua penjara enam bulan.

Mahkamah turut menetapkan tambahan dua bulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati telah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak lelaki yang juga anak saudaranya berusia dua tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah melakukan ugutan jenayah dengan niat hendak menyebabkan kegentaran terhadap ibu kandungnya berusia 58 tahun.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan Ahad lalu kira-kira pukul 6 petang di Taman Suria, Tampin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Situ Syuhada Mohd Isa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI