fbpx

Akaun media sosial hina Sultan Selangor disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dengan penama ‘Iman Mustaqim’ selepas didakwa memuat naik hantaran berbaur penghinaan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hantaran yang dibuat hari ini di akaun tersebut dipercayai berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Sultan Selangor.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shuhaily, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.

Tegas beliau, pihaknya turut menggesa orang ramai menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibatkan isu agama, kaum dan Institusi Diraja (3R)

Terdahulu, tular di media sosial seorang pengguna Facebook menggunakan nama Iman Mustaqim didakwa memuat naik hantaran berbaur ugutan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hantaran itu dibuat dipercayai merujuk kepada titah Sultan Sharafuddin agar pihak polis mengesan kumpulan pemfitnah yang berterusan memfitnah bahawa 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah ditutup..- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI