fbpx

Individu tampil beri penjelasan bawa pelajar tahfiz ke konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan pelajar tahfiz hadir di sebuah konsert yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang individu tampil menjelaskan tindakannya membawa kumpulan pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini.

Individu tersebut yang dikenali sebagai Andrie Ung Han Xiang berkata, pihaknya yang bertanggungjawab membawa pelajar terbabit ke festival itu dan perkara tersebut tidak melibatkan pihak penganjur mahupun kerajaan.

Katanya, dia bersama rakannya berjaya mengumpulkan sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival berkenaan.

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.

“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta persembahan daripada penyanyi tempatan yang boleh dihadiri semua masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Andrie berkata, pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih yang dilihat berada di tempat duduk penonton itu adalah dari sebuah pusat tahfiz di TTDI Jaya, Selangor.

“Mereka adalah anak pelarian Rohingya yang hampir tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Kami berdukacita atas ketidakpuasan hati dan menyinggung perasaan pihak tertentu yang terkesan dengan isu ini,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video menunjukkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert di festival hiburan itu tersebut yanh turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI