fbpx

Lelaki tikam bekas kekasih sebelum hantar mangsa ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej CCTV menunjukkan seorang gadis diusung selepas ditikam di sebuah hospital di Ramanagara, Karnataka semalam. - Foto India Today

NEW DELHI, India – Seorang gadis berusia 17 tahun dilaporkan ditikam, diculik dan kemudian dibawa ke sebuah hospital oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian di Ramanagara, negeri Karnataka semalam, lapor portal berita India Today.

Menurut polis, suspek menikam gadis itu dan kemudian menculiknya di dalam kereta di hadapan kolej mangsa.

Apabila menyedari mangsa  mengalami pendarahan di dalam kereta, lelaki tersebut membawanya ke sebuah  hospital untuk menerima rawatan.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) hospital menunjukkan gadis berkenaan dibawa keluar dari kenderaan suspek.

Terdapat beberapa orang cuba memberhentikan kenderaan itu dengan membaling batu tetapi saksi berkata, kenderaan suspek memecut dengan laju.

Menurut sumber, gadis dan lelaki itu telah menjalin hubungan sejak 2020. 

Bagaimanapun, ibu saudara gadis itu tidak merestui hubungan mereka sehingga menyebabkan konflik antara dua keluarga berkenaan.

Berikutan itu, gadis tersebut mula mengelak daripada menemui suspek.

Suspek telah ditahan polis dan kini disoal siasat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI