fbpx

Skuad B-23 negara enggan lagi ‘simpan kuku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELAVARASAN (tengah) dijangka menyenaraikan 23 pemain terbaik skuad B-23 untuk dibawa mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Thailand pada 4 September depan.

SKUAD bawah 23 (B-23) negara tidak lagi ‘simpan kuku’ apabila menyenaraikan barisan pemain terbaik untuk dibawa mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung bulan depan.

Berdasarkan senarai 25 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dua tonggak yang berpangkalan di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine turut dipanggil menyertai kem latihan bermula hari ini.

Dalam senarai pemain yang dipanggil, ketua jurulatih, E. Elavarasan telah mengekalkan 14 pemain pada Piala AFF B-23 baru-baru ini seperti Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar, M. Rakesh dan Mohamad Saiful Jamaluddin.

Melengkapkan skuad, Elavarasan ialah sembilan pemain skuad Sukan SEA 2023 antaranya Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Azam Azmi Murad, T. Saravanan dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Elavarasan mengakui skuad muda negara tidak ketandusan bakat meskipun gagal mencapai sasaran pada Piala AFF B-23 yang lepas apabila menamatkan sai­ngan di kedudukan keempat.

“Saya lihat barisan pemain semakin menunjukkan pening­katan apabila mampu memberikan saingan sengit kepada negara seperti Indonesia dan Thailand.

“Mereka tahu jika terus be­kerja keras dan kekal fokus, kita boleh jadi pasukan yang bagus di rantau ini,” katanya yang juga penolong jurulatih skuad Harimau Malaya.

Daripada 25 pemain yang dipanggil, hanya 23 pemain akan berada dalam senarai akhir de­ngan skuad muda Harimau Malaya dijangka berlepas ke Thailand pada 4 September depan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan H dan akan berdepan Bangladesh pada Rabu, 6 September, Filipina (9 September) dan tuan rumah, Thailand (12 September) dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Stadium Chonburi.

Sebanyak 11 pasukan juara kumpulan dalam saingan kela­yakan bersama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan la­yak beraksi pada Piala Asia B-23 2024 yang akan berlangsung di Doha tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI