fbpx

‘Rider’ dipuji tawar tambang percuma setiap Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rania menangis kerana terharu melihatkan kebaikan penunggang ojek tersebut. – TikTok

JAKARTA – Seorang penunggang teksi motosikal atau ojek menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menawarkan perkhidmatan percuma  setiap hari Jumaat, lapor program berita Liputan6 semalam.

Berdasarkan hantaran video di laman TikTok, seorang wanita bernama Rania berkongsi kisah penunggang ojek tersebut.

Menurut Rania, selepas menaiki motosikal tersebut, tambang yang dikenakan dalam sistem online berjumlah 15,000 rupiah (RM4.57).

Namun, selepas diskaun, dia sepatutnya membayar 8,500 rupiah (RM2.59).

Bagaimanapun, dia terkejut apabila penunggang ojek tersebut enggan mengambil wang tambang yang diberikan.

Apabila ditanya, lelaki berkenaan meminta Rania membaca tulisan ditulis pada belakang jaketnya yang berbunyi: “Setiap Jumaat, tambang Gojek (jenama ojek) ini percuma.”

Sejurus mengetahui perkara itu, Rania berkata, dia menangis kerana terharu dengan kebaikan penunggang ojek tersebut serta menitipkan doa buat lelaki berkenaan.

Video yang dimuat naik Rania pula menerima perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Meskipun dia perlu membayar ansuran motosikal elektrik tersebut, dia tetap mampu bersedekah. Sangat hebat,” kata seorang netizen.

“Saya kagum dengan tindakan lelaki itu. Semoga diperluaskan rezeki untuk orang yang baik sepertinya,” kata pengguna lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI