fbpx

EPL: Van Dijk berdepan hukuman tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DIJK mungkin berdepan penggantungan lebih lama kerana mengeluarkan kata-kata kurang baik terhadap pengadil perlawanan. - AFP

LIVERPOOL – Kapten Liverpool, Virgil van Dijk berkemungkinan besar bakal dikenakan hukuman lebih berat gara-gara reaksinya ketika dilayangkan kad merah menentang Newcastle United di St. James Park pada Ahad lalu.

Van Dijk, 32, diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan, John Brooks kerana kekasaran terhadap penyerang Newcastle, Alexander Isak dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan Liverpool menang 2-1.

Bagaimanapun, bek tengah berpengaruh Belanda itu kelihatan tidak berpuas hati dan dilihat mengeluarkan perkataan kurang baik terhadap pegawai perlawanan ketika meninggalkan padang pada minit ke-28.

Menurut laporan Daily Mail, Persatuan Bola Sepak (FA) mungkin menjatuhkan hukuman lebih berat sama ada denda atau tiga penggantungan berbanding satu sahaja yang sepatutnya dijalani oleh Van Dijk.

Situasi itu membuatkan kem Liverpool kini ‘cemas’ menanti keputusan hukuman daripada FA sama ada Van Dijk hanya terlepas aksi EPL menentang Aston Villa di Anfield pada Ahad ini atau beberapa perlawanan lain.

Bekas pengadil EPL, Mike Dean merasakan kelakuan ditunjukkan Van Dijk telah melampaui batas dan sepatutnya lebih bersabar berdasarkan pengalaman luasnya di peringkat antarabangsa.

“Van Dijk tidak bersetuju dengan kad merah itu. Namun, tindakannya kurang tepat kerana dia turut bertelagah dengan pengadil keempat, Craig Pawson yang saya rasakan melampau.

“Sekarang bergantung kepada laporan daripada pengadil perlawanan. Jika semua ditulis, maka hukuman lebih berat menanti Van Dijk selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI