Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah lori syarikat kurier dan lori muatan baja yang bertembung di Kilometer 30, Jalan Bukit Berayang, Sarikei awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, seorang lagi daripada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut bagaimanapun selamat dan hanya cedera di bahagian kepala.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhd Ekxmal Hassim Abdul, 30 tahun manakala, mangsa yang cedera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.