fbpx

Deschamps puji kesungguhan pemain ketika atasi Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCIS berjaya menewaskan Portugal 1-0 pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam. - AFP

LISBON – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menghamburkan pujian terhadap skuad kendaliannya selepas menang 1-0 ke atas Portugal pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Da Luz awal pagi semalam.

Gol tunggal hasil jaringan N’Golo Kante sudah cukup untuk memastikan Perancis mengutip tiga mata, sekali gus menerajui saingan peringkat Kumpulan A3.

Kata Deschamps, beliau gembira dengan kesungguhan ditampilkan barisan pemainnya, terutamanya Paul Pogba yang berdepan masalah keyakinan apabila bergelut dengan prestasi tidak menentu bersama Manchester United.

“Saya sangat gembira dapat lihat prestasi semua pemain se­perti ini, mereka hanya ada satu tujuan iaitu untuk menang. Kami berhak catat kemenangan pada perlawanan ini.

“Bagi saya, kami sudah capai objektif untuk menjuarai saingan peringkat kumpulan. Apa sahaja yang berlaku pada perlawanan terakhir, kami tetap muncul juara kumpulan,” ujar Deschamps.

Beliau yang juga anggota skuad Piala Dunia Perancis 1998 me­ngakui semua pemain bermain habis-habisan meskipun ada di antara mereka berdepan prestasi tidak menentu selain masalah kecergasan.

“Sebenarnya bukan mudah untuk semua pemain berikan komitmen 100 peratus kerana kita semua berada dalam tempoh sukar. Ada pemain yang berdepan situasi tidak menentu di kelab tetapi masih mampu berikan aksi terbaik,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI