fbpx

Lelaki ceroboh rumah pelawak Nabil untuk makan, berehat dan tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Rembau. -Gambar hiasan

REMBAU – Penceroboh rumah selebriti terkenal, Nabil Ahmad, didenda sebanyak RM3,000 di Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas perbuatan awal tahun lalu.

Tertuduh, Fadzril Aqmal Abdul Anif, 31, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran. Majistret turut memerintahkan 10 bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membuat bayaran berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, pada 4 Januari tahun lalu kira-kira pukul 7.50 malam di Kampung Senama Tengah, tertuduh telah didapati telah dengan sengaja menceroboh ke dalam rumah Ahmad Nabil Ahmad, 40 tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan suatu kesalahan dibawah Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda sehingga RM5,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, adik selebriti berkenaan telah menerima panggilan daripada abangnya memaklumkan lampu dan pintu rumah di kampung tersebut terbuka pada tarikh dan masa yang sama.

Sebaik sampai, pengadu telah masuk ke dalam rumah dan mendapati pintu grill serta pintu rumah telah rosak dan ruang tamu serta tiga bilik kecuali bilik utama dalam keadaan berselerak.

Tertuduh mengaku telah masuk ke dalam rumah dengan cara menolak pintu dengan kuat, makan, berehat dan tidur di dalam rumah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI