fbpx

Remaja 15 tahun maut disyaki lemas dalam sungai di Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat remaja ditemui meninggal dunia selepas disyaki lemas dalam sungai di Jalan Bukit Idaman, Kg Bukit Lenggong, Selayang, Gombak, hari ini.

GOMBAK – Seorang remaja ditemui meninggal dunia selepas disyaki lemas dalam sungai di Jalan Bukit Idaman, Kg. Bukit Lenggong, Selayang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada pukul 2.55 petang.

Katanya, seramai sembilan anggota dan dua buah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian.

“Terdapat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun disyaki lemas dan telah dibawa naik orang awam di sebuah sungai sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa, Muhammad Danial Rizal Suardi, 15, merupakan remaja berusia yang meninggal dunia di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI