fbpx

Berjudi, rumah Shah Rukh Khan dikepung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDIAMAN aktor terkenal, Shah Rukh Khan dikepung selepas puluhan lelaki membanjiri hadapan rumahnya.

PASUKAN polis terpaksa ditempatkan di kediaman Shah Rukh Khan pada Sabtu lalu selepas puluhan lelaki mengadakan bantahan di hadapan rumah Raja Bollywood itu.

Kediaman mewahnya di Mannat, Mumbai dibanjiri pendemontrasi selepas timbul cerita aktor tersohor itu tampil dalam promosi sebuah aplikasi permainan judi online.

Pemprotes berpendapat permainan seumpama itu menyesatkan dan merosakkan generasi muda, selain mengingatkan selebriti terbabit supaya jangan menyokong kegiatan seperti itu.

Pada masa sama, pertubuhan Untouch Youth Foundation menyatakan mereka akan mengadakan protes berterusan terhadap aplikasi dan portal judi atas talian.

“Aktor terkenal menyokong meraih pendapatan daripada iklan serta aplikasi seumpamanya yang menyesatkan masyarakat,” kata wakil pertubuhan berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI