fbpx

Polis cari saksi pembelaan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mencari saksi pembelaan, Khairul Idarwis yang perlu hadir ke Mahkamah Taiping. - Foto PDRM

BAGAN SERAI – Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang saksi pembelaan bagi kes perbicaraan dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952 untuk hadir ke Mahkamah.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, saksi tersebut perlu hadir ke Mahkamah Sesyen 2 di Kompleks Mahkamah Taiping pada 30 Ogos ini.

“Individu itu, Khairul Idarwis Mohamed Abbas yang berusia lingkungan 39 tahun perlu hadir sebagai saksi pembelaan pada tarikh tersebut.

“Alamat terakhirnya di No. 4A, Kampung Pak Dollah, Jalan Baru Air Puteh, Kamunting Perak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Juna, kes perbicaraan itu bersangkut repot Semanggol bernombor 1015 – 1017 tahun 2020.

“Bacaan kes dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat tentang perkara itu, boleh hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Shafinaz Halim di talian 013-4927682 atau hubungi nombor IPD Kerian di talian 05-7215222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI