fbpx

Selamba muka tidak bersalah, wanita lari selepas langgar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu tidak menumpukan perhatian semasa memandu di jalan raya. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia melarikan diri selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah kereta akibat tidak menumpukan perhatian di jalan raya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Klip video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. 

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kereta tersebut menunjukkan keadaan jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Seorang wanita dilihat menunggang motosikal bersama seorang anak lelakinya. Dia  menoleh ke belakang untuk bercakap dengan anaknya. 

Akibat tidak menyedari kereta di hadapan sudah berhenti, motosikal dipandunya merempuh belakang kenderaan itu.

Tanpa meminta maaf, dia menunjukkan riak wajah kesal sebelum berlalu pergi. 

Pemandu kereta itu kemudian menjerit: “Hati-hati mak cik.”

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sekurang-kurangnya minta maaf, malah melarikan diri,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI