fbpx

Peniaga dikecam jual telur dadar sahaja RM13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok tersebut.

PETALING JAYA – Seorang peniaga dikecam pengguna media sosial gara-gara menjual telur dadar dengan harga tidak masuk akal iaitu RM13.

Menerusi perkongsian peniaga wanita yang dikenali sebagai @daniasedek di akaun TikToknya, dia menjelaskan bahawa terdapat banyak kos bahan mentah lain yang membuatkan harga telur dadar tersebut perlu dinaikkan dari RM8 ke RM13.

Dakwanya lagi, dia menggunakan sebanyak tiga biji telur jenis gred A dan minyak baharu setiap kali menggoreng telur dadar tersebut.

Bukan itu sahaja, jelas peniaga itu, dia meletakkan harga sedemikian sesuai dengan pelbagai bahan sampingan di dalam telur dadar tersebut seperti sos ikan premium, taugeh, cili, dan lain-lain.

“Insya-Allah lepas saya dah kira semua kos dan timbang semua perkara, ini adalah harga terbaik untuk kepuasan pelanggan.

“Bagi yang suka dengan Omellete (telur dadar) istimewa, pasti akan menyukai dan berpuas hati. Jangan tengok harga, tapi tengok apa yang diletakkan dalam telur dadar itu,” tulis peniaga itu di ruangan kapsyen.

Sehingga kini videonya mendapat 1.3 juta tontonan, 41,200 tanda suka dan 4,469 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang marah dan mempersoalkan peniaga tersebut menjual telur dadar dengan harga yang keterlaluan.

“Jangan biasakan peniaga letak harga makanan tidak masuk akal. Lagi-lagi mereka yang terkenal di TikTok. Makin korang sokong, makin menjadi-jadi,” komen Mija.

“Untuk RM13 saya boleh dapat sepinggan nasi dengan tomyam campur dan air teh ‘o’ ais. Tambah RM2 untuk telur dadar yang gebu. Ini mahal sangat harga untuk telur dadar sahaja,” komen Najihah.

“Kita sebagai pembeli boleh nilai, kalau rasa berbaloi bayar, kalau tak, jangan beli.. Kita tak akan boleh ubah fikiran penjual untuk letakkan murah,” komen seorang pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI