fbpx

Dua lelaki ditahan, polis rampas empat paket dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang rampasan termasuk empat paket plastik lutsinar berisi dadah hasil pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan di Kilometer 20 Jalan Lukut Sepang, Port Dickson, awal pagi semalam.

PORT DICKSON – Polis berjaya menahan dua lelaki serta merampas sejumlah empat paket dadah dipercayai jenis ganja dan syabu bernilai RM1,350 di Kilometer 20 Jalan Lukut Sepang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 34 dan 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota unit polis peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selepas melihat sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 3.30 pagi.

“Anggota telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu dan mengarahkan mereka untuk berhenti untuk melakukan pemeriksaan badan ke atas suspek dan juga pemeriksaan kenderaan.

“Hasil pemeriksaan polis telah berjaya merampas sejumlah dadah iaitu tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat disyaki ganja dengan anggaran berat 20.95 gram dan sepaket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal dadah jenis syabu seberat 2.5 gram,” katanya di sini semalam.

Menurut Aidi Sham, hasil pemeriksaan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC).

” Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek tersebut turut mempunyai rekod lampau dan dipercayai merupakan pesalah jenayah selain penagih tegar berdasarkan rekod polis termasuk suspek 28 tahun dikehendaki polis mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2)/6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek telah direman di Mahkamah Port Dickson sehingga tarikh 17 November depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI